Atlet para negara, Chew Wei Lun muncul sebagai atlet kedua yang menyumbangkan pingat perak buat Kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Pingat perak tersebut hadir menerusi sukan boccia bagi ketagori campuran individu. Wei Lun meraih pingat perak setelah tewas 2-4 kepada juara bertahan, David Smith dari Great Britain.
Untuk makluman semua, atlet berusia 26 tahun, kelahiran Johor Bahru ini mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan wakil Portugal, Andre Ramos dengan keputusan 9-5.
Sebagai rekod, atlet angkat berat para negara, Jong Yee Khie muncul atlet pertama yang meraih pingat perak buat Malaysia pada temasya kali ini.
Sementara itu, Bonnie Bunyau Gustin juga beraksi dalam acara angkat berat muncul satu-satunya atlet yang berjaya meraih emas setakat ini.
Featured Image: Majlis Sukan Negara