Artikel

Piala Futsal AFF 2021: Selangor MAC Tumpas Perlawanan Pembukaan Kepada Freefire Bluewave Chonburi

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019, Selangor MAC membuka saingan kejohanan Piala Futsal AFF 2021 dengan langkah kiri.

Selangor MAC yang dibimbing oleh Addy Shairullyzam tumpas kepada Freefire Bluewave Chonburi dengan keputusan 0-3 setelah 40 minit permainan.

Ini bermakna, Selangor MAC gagal mengutip sebarang mata daripada perlawanan pembukaan ini. 

Untuk makluman semua, kejohanan ini menggunakan format ‘single round robin’ dimana setiap pasukan akan bertemu semua pasukan yang bertanding.

Pasukan yang meraih mata tertinggi dalam kalangan 5 pasukan yang mengambil bahagian akan dinobatkan selaku juara.

Sementara itu, bagi perlawanan kedua, Selangor MAC dijadualkan bertemu sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers pada hari esok dengan sepak mula pada pukul 3 petang waktu Malaysia.

Featured Image: Selangor MAC

komen