Majlis Olimpik Malaysia Intai Untuk Anjur Temasya Sukan Asia 2038
September 28, 2021 Hafizuddin Omar

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menganjurkan temasya Sukan Asia pada edisi 2038 atau selebihnya.

Menurut akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, perkara tersebut dikongsikan oleh Naib Presiden MOM, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Penganjuran temasya tersebut menjadi langkah seterusnya buat Malaysia selepas berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan beberapa edisi Sukan SEA.

Sukan SEA 2017 – Foto: Kuala Lumpur 2017

Untuk makluman semua, tuan rumah Sukan Asia bagi edisi 2022, 2026, 2030 dan 2034 telah dibida oleh China (Hangzhou), Jepun (Aichi-Nagoya), Qatar (Doha) dan Arab Saudi (Riyadh) masing-masing.

Sekiranya Malaysia mengintai peluang untuk menganjurkan temasya ini, maka, edisi 2038 dan ke atas adalah menjadi pilihan melakukan bidaan.

Sebagai rekod, sebanyak 3 buah negara dari rantau asia tenggara pernah menjadi penganjur Sukan Asia iaitu Filipina (1954), Thailand (1966, 1970, 1978 & 1998) dan Indonesia (1962 & 2018).

Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia

Komen