Nama pertahanan kelahiran Korea, Park Tae-su yang beraksi bersama Sabah FC ‘meletup’ gara-gara jaringan sepakan percuma jarak jauh dilakukannya berjaya menerobos gawang mendapat perhatian akaun media sosial badan induk bola sepak dunia, FIFA.
Gol jaringan Park pada minit ke-20 ketika menentang PJ City pada perlawanan pertama Piala Malaysia itu mendapat lebih 5,000 ulang ciapan (retweet) ketika artikel ini ditulis.
🙇♂️ Take a bow, Park Tae-su!
— FIFA (@FIFAcom) September 28, 2021
🚀 There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net 🙌
🇲🇾 One for the @SabahFCofficial history books 📚pic.twitter.com/y9P3022AKO
Selain akaun FIFA, jaringan oleh pertahanan berusia 31 tahun tersebut turut dikongsikan oleh akaun media sosial portal sukan dan budaya sukan antarabangsa, Bleacher Report. Perkongsian video jaringan oleh Park di akaun @brfootball itu pula merekodkan lebih 7,000 ulang ciapan.
Namun tahukah anda, pertahanan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia sejak 2019 ini mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu. Beliau tampil berbahasa kebangsaan memberikan reaksi terhadap jaringannya ketika ditemu bual oleh stesen televisyen tempatan, Astro Arena.
"Saya baru bangun lepastu kawan dan pengurusan text saya, ini tweet FIFA". 🤣 🤣 😍
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 28, 2021
Rembatan deras Park Tae Su mendapat respon di media sosial persekutuan bola sepak antarabangsa (@FIFAcom @brfootball) 🔥🔥🔥@SabahFCofficial pic.twitter.com/URMeW8EYlk
“Biasanya sepakan percuma dalam pasukan akan diambil Levy Madinda atau Saddil Ramdani, cuma pada perlawanan itu, saya mendapat keyakinan untuk mengambilnya malah saya meminta dari Levy sendiri, tidak sangka jaringan mampu dihasilkan, harap saya boleh lakukan lagi pada perlawanan lain, ” terangnya mengenai situasi ketika mengambil sepakan tersebut.
Selain daripada mampu berbahasa melayu, Park juga mempunyai nama panggilan yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat tempatan iaitu Karim. Menurut artikel yang dikongsikan oleh Malaysian Football League (MFL), nama tersebut menjadi panggilan rakan sepasukannya dalam pasukan Sabah.
Untuk perlawanan Piala Malaysia yang seterusnya, Karim dan rakan sepasukannya akan turun menentang Kelantan kendalian Rezal Zambery Yahya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada jam 4.45 petang, esok.
Featured Image: Sabah Football Club