Peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao mengumumkan persaraan secara rasmi daripada sukan terbabit menerusi satu video yang dimuat naik di platform media sosialnya, semalam.
Bermula sebagai peninju amatur pada usia 12 tahun, Pacquiao yang kini berusia 42 tahun menggambarkan keputusan untuk bersara daripada sukan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.
Sepanjang bergelar peninju profesional, beliau yang terkenal dengan julukan ‘PacMan’ telah memenangi 12 kejuaraan merentasi 8 divisyen yang berbeza. Sebagai rekod, Pacquiao bersara dengan rekod 62 kemenangan, 8 kekalahan dan 2 seri turut diangkat sebagai salah seorang peninju terbaik sepanjang zaman.

Pertarungan paling hangat dan diingati melibatkan Pacquiao adalah ketika menentang peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr. dalam satu perlawanan yang turut digelar sebagai ‘Fight of The Century’ berlangsung pada tahun 2015.
Artikel Berkaitan: Orang Politik vs Orang Bukan Politik Pimpin Pasukan Bola Sepak
Sehubungan dengan pengumuman persaraannya dalam sukan terbabit, Pacquiao mahu memberikan fokus dalam karier politiknya termasuk mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden bagi negaranya, Filipina pada pilihan raya 2022 kelak.
Dia dipilih menjadi calon bagi parti PDP-Laban yang merupakan sebahagian daripada blok parti pemerintah Filipina pada masa ini.
Untuk makluman semua, Pacquiao telah terlibat dalam politik sejak 2010 lagi apabila dia memenangi kerusi Ahli Kongres. Pada tahun 2016, beliau dipilih menjadi Senator.
Featured Image: Boxing News
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!