Perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sedikit pincang apabila dua pemain yang disenaraikan pada minggu lalu tidak dapat melaporkan diri kerana ditimpa kecederaan.
Dua pemain tersebut adalah pertahanan tengah yang beraksi bersama kelab Denmark, Dion Cools serta ‘full-back’ Selangor, Syahmi Safari.
Menurut perkembangan terbaru oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih berusia 53 tahun tersebut menyenaraikan pertahanan tengah Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni dan ‘full-back’ Kedah Darul Aman, Ariff Farhan Md Isa untuk menggantikan kedua-dua pemain tersebut.

Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan
Dua pemain ini melengkapkan senarai 24 pemain untuk dibawa oleh Cheng Hoe bagi menghadapi Jordan dan Uzbekistan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober kelak di Amman, Jordan.
Kesemua pemain perlu melaporkan diri di ibu negara, Kuala Lumpur pada hari esok sebelum berlepas ke Jordan pada 2 Oktober.
Featured Image: Instagram Dion Cools