Artikel

Piala Thomas 2020: Pemain-Pemain ‘Power’ Cedera, Pasukan England Umum Tarik Diri

Pasukan England mengumumkan menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas 2020 yang akan berlangsung dalam masa 3 hari sahaja lagi di Aarhus, Denmark.

Perkembangan mengejutkan itu diumumkan oleh badan induk negara bagi sukan terbabit iaitu Badminton England menerusi laman sesawang dan pelbagai platform media sosialnya, tengah malam tadi.

Difahamkan, alasan mereka menarik diri daripada kejohanan berpasukan lelaki ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh pemain-pemain ‘top-ranked’ mereka.

Hal ini menyebabkan Badminton England tidak dapat mempertaruhkan pasukan yang kompetitif dan disebabkan itu, England yang diundi di dalam Kumpulan D terpaksa membuat keputusan yang sukar menarik diri daripada kejohanan ini.

Artikel Berkaitan – Undian Piala Thomas & Uber 2020: Kedua-Dua Pasukan Malaysia Dalam Kumpulan D

Penarikan diri ini menyebabkan Kumpulan D hanya tinggal tiga pasukan sahaja iaitu Jepun, Malaysia dan Kanada.

Featured Image: Badminton England / Badminton Photo

komen