Artikel

Singapura Senaraikan 2 Pemain Liga Super Untuk Hadapi Piala AFF 2020

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) membuat persiapan awal dengan mengumumkan senarai awal 27 pemain bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung hujung tahun ini di negara republik tersebut.

Menariknya, daripada 27 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Tatsuma Yoshida, dua daripadanya merupakan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super iaitu pertahanan, Safuwan Baharudin (Selangor) dan pemain tengah, Anumanthan (Kedah Darul Aman).

Kedua-dua pemain ini sememangnya tidak merupakan tonggak utama bagi pasukan masing-masing. Bagaimanapun kelibat Safuwan bersama Selangor tidak begitu kerap dek masalah kecederaan.

Senarai yang dikeluarkan oleh FAS, semalam.

Selain daripada dua pemain tersebut, jurulatih kelahiran Jepun itu turut menyenaraikan 3 pemain lain yang beraksi di luar Singapura iaitu Irfan Fandi (BG Pathum), Zulfahmi Arifin (Sukhothai) dari saingan Liga Thailand dan Ikhsan Fandi (FK Jerv) yang beraksi di Norway.

Menariknya, Singapura turut menyenaraikan pemain tengah naturalisasi, Song Ui-Young yang kini beraksi bersama Lion City Sailors dalam saingan Liga Singapura.

Singapura diundi dalam Kumpulan A bagi kejohanan Piala AFF 2020

Dimaklumkan, Singapura akan dipanggil untuk menyertai latihan berpusat bermula 25 Oktober nanti. Mereka turut merancang mengadakan perlawanan persahabatan dan kem latihan sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum mengumumkan senarai akhir pada penghujung November.

Untuk makluman semua, kejohanan dwitahunan melibatkan 10 pasukan di rantau asia tenggara ini akan bermula pada 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 dengan Singapura dipilih sebagai tuan rumah.

Featured Image: Selangor / Kedah Darul Aman

komen