Artikel

Piala Thomas 2020: Ketahui Ranking & Pencapaian Terakhir Barisan Pemain Lelaki Pasukan Malaysia

Kejohanan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas 2020 yang berlangsung di Aarhus, Denmark telah membuka tirainya pada Sabtu lalu. Namun Malaysia yang berada di dalam Kumpulan D akan turun buat pertama kali pada awal pagi Rabu nanti.

Lawan pertama yang akan dihadapi oleh pasukan Malaysia dalam kejohanan dwitahun ini adalah Kanada sebelum bertemu Jepun selang dua hari berikutnya.

Sebelum kita menyaksikan perlawanan pertama melibatkan pasukan negara, kami sajikan ranking semasa dan pencapaian terakhir yang diraih oleh setiap anggota skuad Malaysia yang telah disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengharungi kejohanan ini.

Artikel Berkaitan: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber

Perseorangan Lelaki 1 – Lee Zii Jia (Kapten)

Umur: 23 Tahun

Asal: Kedah

Ranking Dunia: 8

Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021

Perseorangan Lelaki 2 – Cheam June Wei

Umur: 24 Tahun

Asal: Pulau Pinang

Ranking Dunia: 70

Pencapaian Terakhir: Suku Akhir Spain Masters 2021

Perseorangan Lelaki 3 – Ng Tze Yong

Umur: 21 Tahun

Asal: Johor

Ranking Dunia: 82

Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021

Perseorangan Lelaki 4 – Aidil Sholeh

Umur: 21 Tahun

Asal: Selangor

Ranking Dunia: 122

Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Polish Open 2021

Perseorangan Lelaki 5 – Leong Jun Hao

Umur: 21 Tahun

Asal: Kuala Lumpur

Ranking Dunia: 121

Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 Spain Masters 2021

Beregu Lelaki 1 – Aaron Chia & Soh Wooi Yik

Umur: 24 dan 23 Tahun

Asal: Melaka dan Kuala Lumpur

Ranking Dunia: 8

Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021

Beregu Lelaki 2 – Goh Sze Fei & Nur Izzuddin

Umur: 24 dan 23 Tahun

Asal: Melaka dan Johor

Ranking Dunia: 26

Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 Swiss Open 2021

Beregu Lelaki 3 – Tee Kai Wun & Man Wei Chong

Umur: 21 dan 22 Tahun

Asal: Melaka

Ranking Dunia: 124

Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021

Pemain Beregu Lelaki – Low Hang Yee

Hang Yee (kiri) ketika bergandingan bersama Eng Cheong

Berdasarkan rekod, pemain ini pernah bersama Ng Eng Cheong namun dia disenaraikan dalam skuad Piala Thomas 2020 berkemungkinan untuk dijadikan ‘scratch pair’ dengan mana-mana pemain beregu lain. Antara pemain lain yang pernah bergandingan dengannya ialah Man Wei Chong.

Umur: 24 Tahun

Asal: Selangor

Ranking Dunia: 73 (bersama Ng Eng Cheong)

Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 All England Open Badminton Championship 2021

komen