Ranking BWF: Nurshuhaini & Letshanaa Raih Peningkatan Lebih 100 Anak Tangga
October 20, 2021 Hafizuddin Omar

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap ranking dunia semalam dan dua pemain perseorangan wanita Malaysia dilihat meraih peningkatan yang amat memberangsangkan.

Dua pemain tersebut ialah Siti Nurshuhaini Azman dan Karupathevan Letshanaa yang mencatatkan peningkatan 107 dan 173 anak tangga masing-masing.

Siti Nurshuhaini Azman

Peningkatan oleh kedua-dua pemain yang berusia 17 dan 18 tahun ini membolehkan mereka menghuni tangga ke-354 dan ke-605 dunia masing-masing pada minggu ini.

Untuk makluman semua, kedudukan ranking semasa ini juga merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh kedua-dua pemain dalam karier mereka setakat ini.

Eoon Qi Xuan

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Eoon Qi Xuan turut mencatatkan peningkatan satu anak tangga dan kini menghuni kedudukan ke-122 dunia.

Pada masa yang sama, kemaskini terbaru tersebut tidak melihatkan perubahan ranking terhadap pemain-pemain Malaysia yang lain seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Kisona Selvaduray, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.

Kedudukan ranking bagi kesemua mereka yang dinyatakan di atas adalah kekal sepertimana pada minggu lalu.

Featured Image: BAM / Badminton Photo

Komen