Terbuka Denmark: Rekod Pertemuan Sze Fei-Nur Izzuddin vs Beregu No.7 Dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto
October 22, 2021 Hafizuddin Omar

Pentas suku akhir Kejohanan Terbuka Denmark 2021 bagi kategori beregu lelaki bakal menyajikan pertembungan antara wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menentang beregu ke-7 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Untuk makluman semua, Sze Fei-Nur Izzuddin yang menghuni ranking ke-26 dunia berhasil meloloskan diri ke peringkat suku akhir setelah menumpaskan dua beregu India iaitu Manu Attri-Sumeeth Reddy (ranking ke-37) dan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy (ranking ke-10) pada pusingan pertama dan kedua masing-masing.

Manakala pencabar mereka, Fajar Alfian-Rian Ardianto pula ke suku akhir dengan menewaskan beregu Chinese Taipei, Ching Yao-Po Han (ranking ke-22) dan beregu India, Arjun-Kapila (ranking ke-46).

Bercakap mengenai sejarah pertembungan melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan Indonesia ini, berdasarkan rekod, mereka hanya bertemu tiga kali sahaja setakat ini. Berikut adalah rekod pertemuan mereka:

Pertemuan 1

Kejohanan: Chinese Taipei Open 2019

Tarikh: 4 September 2019

Peringkat: Pusingan 1

Keputusan: 20-22 dan 14-21 (kalah ‘straight set’)

Pertemuan 2

Kejohanan: Princess Sirivannavari Thailand Masters 2018 

Tarikh: 10 Januari 2018

Peringkat: Pusingan 1

Keputusan: 21-23, 21-18 dan 17-21

Pertemuan 3

Kejohanan: Walikota Surabaya International Series 2016

Tarikh: 11 Mei 2016

Peringkat: Pusingan 1

Keputusan: 13-21 dan 16-21 (tumpas ‘straight set’)

Rumusan

Berdasarkan rekod di atas, beregu Sze Fei-Nur Izzuddin tidak pernah meraih sebarang kemenangan ketika bertemu Fajar Alfian-Rian Ardianto sebelum ini. Lebih menarik, dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut, beregu Malaysia ini tumpas pada pusingan pertama kepada beregu Indonesia ini. Untuk perlawanan malam ini, mampukah Sze Fei-Nur Izzuddin memperbaharui rekod pertemuan dan melakukan kejutan ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto untuk mara ke peringkat separuh akhir? Sama-sama kita nantikan.

Komen