20 Pemain Negeri Sembilan Positif Covid-19 – Jang Ucap ‘Bye’ Kepada Piala Malaysia
October 22, 2021 Hafizuddin Omar

Juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia yang akan bersambung pada hujung bulan ini.

Keputusan ini dibuat berikutan 20 pemain serta 4 orang pegawai pasukan Negeri Sembilan dilaporkan positif Covid-19. Ketika ini, kesemua yang positif sedang menjalani kuarantin wajib dan dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkembangan penuh mengejutkan ini disampaikan sendiri menerusi pelbagai platform media sosial milik pasukan yang terkenal dengan julukan Hoben Jang Hoben, pada hari ini.

Sementara itu, pihak kelab turut memohon kemaafan daripada penyokong kerana membatalkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya berlangsung pada 20 Oktober lalu.

Untuk makluman semua, setelah mengharungi dua pada perlawanan peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia, Negeri Sembilan menduduki tempat ketiga hasil daripada satu kemenangan dan satu kekalahan.

Featured Image: Negeri Sembilan Football Club

Komen