Pemain muda perseorangan wanita negara, Siti Nursuhaini terus merekodkan peningkatan kedudukannya dalam ranking dunia.
Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 17 tahun yang menamatkan saingan Terbuka Czech selaku naib juara meraih peningkatan sebanyak 85 anak tangga.
Peningkatan tersebut membolehkan Nurshuhaini menghuni tangga ke-269 dunia pada minggu ini. Ini merupakan ranking terbaik pernah dihuni oleh Nurshuhaini sejak disenaraikan oleh BWF pada bulan Mei lalu.
Pada masa yang sama, kemasikini BWF turut memperlihatkan peningkatan kedudukan melibatkan seorang lagi pemain muda perseorangan wanita negara iaitu Letshanaa Karupathevan.
Walaupun disingkirkan oleh Nurshuhaini pada peringkat suku akhir dalam kejohanan Terbuka Czech baru-baru ini, Letshanaa tetap meraih peningkatan sebanyak 176 anak tangga terhadap ranking dunianya. Perkembangan positif ini menjadikan Letshanaa yang berusia 18 tahun berada di tangga ke-429 dunia.
Tidak dilupakan, Eoon Qi Xuan yang berusia 20 tahun turut mencatatkan peningkatan sebanyak 4 anak tangga. Dia yang juga mara sehingga ke peringkat suku akhir Terbuka Czech menghuni tangga ke-118 dunia.
Sementara itu, Kisona Selvaduray pula mencatatkan penurunan satu anak tangga menjadikan pemain berusia 23 tahun ini berada di posisi ke-54 dunia pada saat ini.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia