World Archery Ubah Peraturan – Hanya 30 Saat Diberi Untuk Setiap Panahan
October 27, 2021 Hafizuddin Omar

Badan induk, Memanah Dunia (World Archery) mengumumkan membuat perubahan dalam pertandingan atau kejohanan melibatkan sukan memanah pada peringkat kelayakan.

Menurut perkongsian oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), perubahan yang dibuat oleh badan induk itu adalah memendekkan masa dari 40 saat kepada 30 saat untuk melakukan setiap panahan bagi ketagori individu. 

Ini bermakna, setiap pemanah perlu memanah kesemua enam anak panah dalam masa 3 minit. Masa 30 saat ini juga terpakai ketika melakukan panahan ‘shoot-off’.

Sementara itu, bagi acara berpasukan, setiap pemanah diberikan masa selama 20 saat sahaja untuk melakukan setiap panahan berbanding 30 saat pada sebelum ini termasuk panahan ‘shoot-off’.

Sebagai tambahan, untuk memanah para, World Archery mengumumkan menambah masa selama 10 saat berbanding sebelum ini.

Untuk makluman semua, kesemua perubahan ini efektif bermula 15 Januari 2022.

Featured Image: National Archery Association of Malaysia

Komen