Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik Tempah Tiket Separuh Akhir Untuk Bertemu Beregu Korea
October 30, 2021 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempah tiket ke saingan separuh akhir Terbuka Perancis selepas menundukkan beregu India, awal pagi tadi.

Aaron Chia-Wooi Yik mara selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty yang menghuni ranking ke-11 dunia dengan pungutan mata 18-21, 21-18 dan 21-17.

Untuk makluman semua, Aaron Chia-Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang lolos ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini.

Menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah beregu Republik Korea, Ko Sung-hyun dan Shin Baek-cheol yang berhasil mengejutkan beregu No.2 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.

Sebagai tambahan, pasangan beregu Korea ini menghuni ranking ke-27 dunia pada saat ini.

Featured Image: Badminton Photo

Komen