Artikel

Cabaran Belgium: Tze Yong Mara Ke Final & Bakal Menentang Pemain Senior India

Pemain perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong berjaya meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Belgium selepas menumpaskan Yusuke Onodera.

Kemaraan itu diraih oleh Tze Yong, 21 tahun menewaskan pemain Jepun tersebut dengan pungutan mata 20-22, 21-15 dan 23-21 di peringkat separuh akhir yang berlangsung, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Sementara itu, menanti Tze Yong di perlawanan akhir adalah pemain India, Ajay Jayaram yang menghuni ranking ke-63 dunia. Ajay, 34 tahun, mara ke final dengan menumpaskan pemain Denmark, di peringkat separuh akhir.

Ajay Jayaram – Foto: Instagram @ajay_289

Untuk makluman semua, berdasarkan rekod, Tze Yong dan Ajay belum pernah turun berentap sesama sendiri setakat ini.

Sebagai tambahan, kemaraan Ajay ke pentas akhir Cabaran Antarabangsa Belgium ini merupakan prestasi terbaiknya pada tahun ini. Sebelum ini, dia sering terkandas di peringkat Pusingan 32 dalam tiga kejohanan terakhir yang disertainya.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pemain ini dijadualkan berlangsung pada 10.40 malam nanti, waktu Malaysia

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen