Terbuka HYLO: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir & Bakal Menentang Pemain Thailand
November 5, 2021 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir Terbuka HYLO 2021 selepas menundukkan pemain Ireland, Nhat Nguyen pada Pusingan 2.

Kemaraan Zii Jia ke peringkat tersebut diraih dengan kemenangan secara ‘straight set’ dalam aksi yang berlangsung pada lewat malam tadi.

Zii Jia mencetak kemenangan ke atas pemain berusia 21 tahun yang berada di ranking ke-55 dunia itu dengan pungutan mata 22-20 dan 21-16. 

Sementara itu, menanti Zii Jia di peringkat suku akhir adalah pemain kelahiran negara jiran tetangga, Thailand iaitu Kantaphon Wangcharoen.

Pemain yang menghuni ranking ke-18 dunia ini mara dengan menumpaskan pemain Kanada dan India pada Pusingan 1 dan Pusingan 2 masing-masing.

Untuk makluman semua, berdasarkan rekod, Zii Jia dan Wangcharoen pernah bertemu sebanyak lima kali sebelum ini. Bagaimanapun, 3 daripada 5 pertemuan terbabit dimenangi oleh Wancharoen termasuk pertemuan terakhir mereka.

Pertemuan kedua-dua pemain ini dijangka berlangsung pada malam ini.

Komen