Terbuka HYLO: Mudah Buat Zii Jia Ke Peringkat Separuh Akhir
November 5, 2021 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah besar untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka HYLO 2021.

Zii Jia yang merupakan pemain pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan Super Series 500 ini mara ke peringkat seterusnya dengan mencatatkan kemenangan ke atas pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen yang berada pada ranking ke-18 dunia.

Zii Jia menundukkan lawannya itu secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-11 dan 22-20 dalam masa 40 minit.

Sementara itu, bagi perlawanan separuh akhir, Zii Jia bakal menantikan cabaran samada daripada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus atau pemain India, Kidambi Srikanth.

Pertembungan kedua-dua pemain ini akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

Untuk makluman semua, kedua-dua pemain tersebut berada di ranking ke-14 dan ke-9 dunia masing-masing.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen