Artikel

Hoki Piala Dunia Remaja 2021: Malaysia Sasar Lepasi Peringkat Kumpulan Terlebih Dahulu

Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan akan menyertai kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di Bhubaneswar, India bermula 24 November kelak.

Berdasarkan undian, Malaysia yang dibimbing oleh Coach Wallace Tan diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Belgium, Afrika Selatan dan Chile.

Sementara itu, bercakap mengenai sasaran, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Ahmad Najmi Razak memaklumkan mahu melihat skuad hoki lelaki remaja ini melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.

“Selepas berbincang dengan Coach Wallace dan barisan kejurulatihan, sasaran kita adalah untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.

“Dan kemudiannya kita akan naik satu anak tangga, kita langkah satu per satu.” katanya dalam sidang media yang diadakan pada Sabtu lalu.

Untuk makluman semua, Malaysia akan memulakan saingan ini dengan menentang Chile (24 November) dan diikuti dengan menentang Belgium (26 November) sebelum menamatkan cabaran Kumpulan A dengan bertemu Afrika Selatan (27 November).

Sementara itu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) turut mengumumkan senarai 20 pemain yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan ini. Mereka menyenaraikan 2 penjaga gol, 6 pertahanan, 5 pemain tengah dan 7 penyerang.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain skuad hoki lelaki remaja kebangsaan:

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

komen