Mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak, Perak FC, bolehlah menyediakan dana berjumlah RM10 juta.
Menurut laporan Harian Metro, itulah nilai yang diletakkan oleh pemiliknya, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Perkara ini juga telah disahkan oleh Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad.
Difahamkan, nilai RM10 juta itu diletakkan oleh PAFA bersandarkan kepada barisan pemain berpengalaman dan hebat yang dimiliki oleh pasukan bergelar The Bos Gaurus itu.
Pada masa yang sama, beliau turut berkongsikan perbincangan PAFA bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki pasukan tersebut berada di landasan yang positif.

“Jika minat mengambil alih Perak FC kalau boleh pihak berkenaan memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta berdasarkan kepada nilai pasukan lain.
“Kita boleh tengok berapa Norizam Tukiman (pemilik Kelantan FC) mengeluarkan dana untuk pasukan itu selain beberapa pasukan lain.
“Saya rasa nilai berkenaan adalah berbaloi kerana kita juga memiliki barisan pemain berpengalaman dan hebat. Setakat ini, perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki Perak FC adalah positif.
“Saya katakan sekarang ini proses perbincangan pemilikan dalam peringkat 50 peratus antara kedua-dua pihak,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.
Bagaimanapun, pihak PAFA tidak mendedahkan sebarang indentiti mengenai individu atau syarikat yang sedang berbincang dengan mereka untuk memiliki Perak FC buat masa ini.
Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato’ Vida serta syarikat yang menguruskan padang, Kopa Arena antara yang berminat untuk memiliki Perak FC.
Namun kedua-duanya dilihat menarik ‘handbrake’ daripada meneruskan hajat masing-masing untuk memiliki pasukan tersebut.
Featured Image: Perak FC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!