Artikel

Ranking BWF: Naib Juara Terbuka HYLO, Zii Jia Rampas Kedudukan No.7 Dunia

Biarpun terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir menentang Loh Kean Yew ekoran kecederaan pada kejohanan Terbuka HYLO 2021, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tetap berhasil memperbaiki kedudukan ranking dunianya.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, mata yang diperolehi Zii Jia selaku naib juara kejohanan tersebut membolehkannya memintas pemain Indonesia, Jonatan Christie untuk menduduki tangga ke-7 dunia pada minggu ini.

Untuk makluman semua, kedudukan No.7 dunia ini merupakan yang terbaik diraih oleh Zii Jia dalam kariernya setakat ini. Sebelum ini, kedudukan Zii Jia tidak berubah dan kekal di tangga ke-8 dunia sejak 24 Mac lalu.

Lee Zii Jia

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki Malaysia yang merupakan pemain bebas (independent player) iaitu Yeoh Seng Zoe turut mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunianya. 

Seng Zoe yang mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Antarabangsa Hungary 2021 pada minggu lalu meraih peningkatan sebanyak 10 anak tangga dan kini menghuni tangga ke-149 dunia.

Pada masa yang sama, tiada sebarang perubahan dilihat pada kedudukan ranking melibatkan Ng Tze Yong, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao. 

Ketiga-tiga mereka kekal berada di kedudukan ke-68, ke-71 dan ke-118 dunia masing-masing.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Europe

komen