Pasangan beregu wanita bebas (independent players) Malaysia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien meraih peningkatan yang memberangsangkan dalam ranking dunia yang dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.
Biarpun terkandas di Pusingan 2 pada kejohanan Terbuka HYLO 2021 pada minggu lalu, ianya membolehkan pasangan beregu ini merekodkan peningkatan sebanyak 60 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-129 dunia pada minggu ini.
Sementara itu, pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang tidak mengambil bahagian di kejohanan tersebut kekal berada di kedudukan ke-18 dunia.
Manakala beberapa pasangan beregu wanita yang lain seperti Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen (ke-173), Teoh Mei Xing-Anna Cheong (ke-234) dan Go Pei Kee-Yap Ling (ke-316) mencatatkan penurunan beberapa anak tangga.
Hal ini terjadi kerana kesemua pasangan beregu ini tidak mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan pada minggu lalu.
Featured Image: Badminton Photo