Pemain perseorangan lelaki, wanita dan pasangan beregu lelaki remaja negara menampilkan aksi yang cemerlang sekaligus berhasil menjuarai kategori masing-masing dalam Kejohanan Remaja Czech 2021, semalam.
Pertamanya, Eogene Ewe yang berusia 16 tahun muncul juara kategori perseorangan lelaki selepas menewaskan rakan senegara, Lee Jan Jireh secara ‘straight set’ 21-11 dan 21-19.

Sementara itu, Ong Xin Yee yang berusia 15 tahun pula menjuarai kategori perseorangan wanita dengan seorang lagi pemain remaja wanita negara yang seusia dengannya iaitu Siti Zulaikha juga menerusi ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-8.

Manakala beregu remaja lelaki, Choi Jian Sheng dan Bryan Goonting pula merangkul kejuaraan dengan menewaskan beregu England, Nadeem Dalvi dan Samuel Jones juga menerusi ‘straight set’ 21-16 dan 21-17.

Untuk makluman semua, selepas ini, barisan pemain remaja Malaysia akan menyertai Kejohanan Remaja Slovak 2021 yang akan bermula bermula 26 hingga 28 November kelak.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia