Terbuka Indonesia: Zii Jia Disingkirkan Rasmus Gemke Pada Pusingan 1
November 23, 2021 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia tersingkir di Pusingan 1.

Pemain berusia 23 tahun ini dikejutkan oleh pemain Denmark yang menghuni ranking ke-13 dunia, Rasmus Gemke dalam perlawanan yang memakan masa lebih satu jam, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-13. Namun, lawannya yang berusia 24 tahun bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 25-23.

Di set penentuan, Zii Jia terpaksa akur melupakan hasrat untuk menjuarai kejohanan yang berlangsung di Bali ini apabila Rasmus meraih kemenangan selesa dengan pungutan mata 21-16.

Baca: Zii Jia Tak Sempat Tamatkan Permainan, Terpaksa Tarik Diri Pada Pusingan 1

Menariknya, Rasmus juga merupakan lawan yang ditentang oleh Zii Jia pada kejohanan Indonesia Masters pada minggu lalu.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut berakhir dengan Zii Jia terpaksa menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya belum pulih sepenuhnya sekaligus menyaksi Rasmus mara ke pusingan seterusnya.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen