Ranking BWF: Peng Soon-Liu Ying Menurun, Pang Ron-Yee See Meningkat 2 Anak Tangga
November 23, 2021 Hafizuddin Omar

Kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan gandingan beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencatatkan penurunan.

Ekoran terkandas di Pusingan 1 sebanyak dua kali berturut-turut dalam dua kejohanan terakhir yang disertai mereka, kedudukan Peng Soon-Liu Ying kini turun satu anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-9 dunia.

Dua lagi beregu bebas iaitu pasangan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta pasangan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai pula kekal di tangga ke-12 dan ke-23 dunia masing-masing.

Tangkap layar ranking dunia melibatkan beregu campuran Malaysia

Sementara itu, gandingan beregu campuran negara yang lebih muda iaitu Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula menampilkan peningkatan yang positif dengan mendaki dua anak tangga berbanding kedudukan mereka yang terdahulu.

Kemaskini terbaru tersebut menyaksikan Pang Ron-Yee See menduduki tangga ke-23 dunia hasil daripada kejayaan mereka mara ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters, minggu lalu.

Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See

Tidak dilupakan, sepasang lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei turut mencatatkan peningkatan kedudukan ranking setelah mara ke Pusingan 2 kejohanan yang sama minggu lalu.

Mereka kini menghuni tangga ke-42 dunia setelah melangkau tiga anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen