Artikel

Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Bermula Langkah Kanan Tumpaskan Chile

Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan memulakan kempen Piala Dunia Remaja 2021 dengan langkah kanan apabila menumpaskan Chile dengan keputusan 2-1.

Malaysia yang diletakkan dalam Pool A meraih kemenangan ke atas wakil benua Amerika Selatan itu menerusi jaringan oleh Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee.

Kedua-dua jaringan itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34 dan ke-43 masing-masing.

Chile hanya mendapat jaringan saguhati di penghujung perlawanan menerusi Sebastian Wolansky pada minit ke-59 juga melalui pukulan sudut penalti.

Sementara itu, menutup permulaan yang cemerlang untuk skuad kebangsaan ini, pemain muda negara, Amirul Azahar telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man of The Match).

Untuk makluman semua, perlawanan seterusnya, Malaysia bakal bertemu Belgium dengan perlawanan dijadualkan bermula jam 10 malam (waktu Malaysia) pada 26 November nanti.

Featured Image: The Hockey India

komen