Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan Liga Akar Umbi di peringkat daerah di seluruh negeri tersebut.
Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada hari ini.
Menurutnya, peruntukan tersebut diberikan sebagai usaha untuk merancakkan liga amatur dan menyemarakkan lagi aktiviti sukan khasnya dalam kalangan belia selaras hasrat membangunkan sukan dari peringkat akar umbi.
Di awal pembentangannya, Amirudin memaklumkan Belanjawan Selangor 2022 adalah berjumlah RM2.343 bilion dimana RM1.22 bilion (52%) adalah perbelanjaan mengurus manakala baki RM1.123 bilion (48%) pula merupakan perbelanjaan pembangunan.