Artikel

Hoki Piala Dunia Remaja: Skuad Muda Negara Ikat Belgium 1-1

Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan masih mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang sedang berlangsung di Bhubaneswar pada ketika ini.

Sebentar tadi, perlawanan kedua melibatkan Pool A menyaksikan skuad bimbingan Wallace Tan ini berhasil mengikat wakil eropah iaitu Belgium dengan keputusan 1-1.

Malaysia memperoleh jaringan hasil sumbangan Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-29 berpunca daripada pukulan sudut penalti.

Manakala Belgium pula turut mendapatkan gol berpunca daripada situasi yang sama hasil sumbangan Thibeau Stockbroekx pada minit ke-49.

Untuk makluman semua, keputusan seri ini menjadikan skuad remaja kebangsaan mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan sekaligus menduduki tangga kedua dalam Pool A.

Belgium yang menggunguli kedudukan dalam Pool A turut mempunyai 4 mata. Hanya dua pasukan terbaik dalam setiap Pool sahaja akan layak ke peringkat suku akhir. 

Sebagai tambahan, Malaysia bakal turun menentang Afrika Selatan pada perlawanan akhir bagi saingan Pool A pada Sabtu (27 November) pada jam 5 petang (waktu Malaysia). 

Featured Image: International Hockey Federation

komen