Tze Yong Muncul Juara Terbuka Scotland, Trofi Ketiga Untuk Tahun 2021
November 29, 2021 Hafizuddin Omar

Pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong berjaya muncul juara di kejohanan Terbuka Scotland 2021, semalam.

Kejuaraan tersebut menjadi milik pemain berusia 21 tahun ini selepas menundukkan rakan senegara yang merupakan pemain bebas (independent), Soong Joo Ven secara ‘straight set’ 21-18 dan 21-14.

Sebelum itu, Tze Yong mara ke pentas final dengan menumpaskan Aidil Sholeh (Malaysia), Daniel Nikolov (Bulgaria), Joran Kweekel (Belanda) dan Victor Svendsen (Denmark).

Untuk makluman semua, kejuaraan ini menjadikan Tze Yong telah merangkul tiga trofi daripada enam kejohanan individu yang disertainya pada tahun ini. Dua kejuaraan yang lain diraihnya di kejohanan Terbuka Poland dan Cabaran Antarabangsa Belgium.

Selain membawa pulang tiga trofi kejuaraan, Tze Yong turut membawa pulang sebuah medal naib juara semasa beraksi di kejohanan Terbuka Czech.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia 

Komen