Artikel

Ranking BWF: Axelsen Rampas Kedudukan No.1 Dunia, Zii Jia Turun Satu Anak Tangga

Kedudukan pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 dunia bukan lagi milik pemain Jepun, Kento Momota. 

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kedudukan No.1 dunia yang dihuni oleh Kento sejak September 2018 kini telah menjadi milik pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu merampas kedudukan tersebut setelah muncul juara pada kejohanan Terbuka Indonesia 2021 pada hujung minggu lalu.

Lee Zii Jia

Sementara itu, kedudukan ranking melibatkan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia menunjukkan penurunan satu anak tangga. 

Penurunan itu berpunca daripada terkandasnya Zii Jia di Pusingan 32 di kejohanan yang sama. Ia sekaligus telah meletakkan Zii Jia kembali di kedudukan kelapan dunia pada minggu ini.

Justeru, kedudukan ketujuh yang dihuni Zii Jia pada minggu lalu telah dirampas oleh pemain Indonesia, Jonatan Christie. Pemain berusia 24 tahun ini berhasil memintas kedudukan Zii Jia selepas cemerlang mara ke peringkat separuh akhir di Terbuka Indonesia.

Berikut adalah 10 pemain perseorangan terbaik lelaki dalam ranking dunia untuk minggu ke-48:

komen