Artikel

Ranking BWF: Juara Terbuka Scotland, Tze Yong Memasuki Kelompok 60 Pemain Terbaik Dunia

Pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, kejayaan pemain berusia 21 tahun ini menjuarai kejohanan Terbuka Scotland 2021 berhasil melonjakkan kedudukan ranking dunianya sebanyak 3 anak tangga.

Baca: Tze Yong Muncul Juara Terbuka Scotland, Trofi Ketiga Untuk Tahun 2021

Ng Tze Yong (kiri) dan Soong Joo Ven (kanan)

Lonjakan sebanyak 3 anak tangga itu membolehkan Tze Yong meletakkan dirinya dalam kalangan kelompok 60 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia, pada minggu ini. 

Sebagai rekod, ini merupakan ranking terbaik pernah dicapai oleh Tze Yong dalam karier profesionalnya setakat ini.

Sementara itu, naib juara Terbuka Scotland, Soong Joo Ven turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 4 anak tangga dan kini menghuni tangga ke-69 dunia.

Aidil Sholeh

Manakala, seorang lagi pemain muda negara, Aidil Sholeh yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir kejohanan yang sama berhasil menduduki ranking ke-110 dunia selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 13 anak tangga.

Untuk makluman semua, Tze Yong, Joo Ven dan Aidil berpeluang untuk meningkatkan lagi kedudukan ranking masing-masing dengan mara sejauh mungkin dalam kejohanan seterusnya iaitu Cabaran Antarabangsa Wales 2021.

Kejohanan ini akan bermula 1 hingga 4 Disember di Sport Wales National Centre, Cardiff.

komen