Artikel

Jelajah Akhir BWF: Pearly-Thinaah Tewas ‘Straight Set’ Kepada Beregu Wanita Korea

Pasangan beregu wanita yang menjadi wakil tunggal negara di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tumpas di perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A, hari ini.

Beregu yang menghuni tangga ke-17 dunia ini tewas ‘straight set’ kepada pasangan wanita Korea yang menduduki ranking ke-4 dunia, Kim Soyeong dan Kong Heeyong dengan keputusan 14-21 dan 14-21.

Kekalahan ini menjadikan Pearly-Thinaah menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di bawah pasangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu (Indonesia) dan beregu Korea yang menumpaskan mereka, pada ketika ini.

Untuk perlawanan seterusnya, Pearly-Thinaah akan turun berhadapan dengan beregu Thailand yang menghuni ranking kesembilan dunia, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai, dengan jangkaan perlawanan bermula pada jam 12.30 tengah hari esok.

Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sekali di kejohanan badminton All England 2021 dan ianya dimenangi oleh Pearly-Thinaah secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 23-21.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

komen