Artikel

Hoki Piala Dunia Remaja: Perancis Singkirkan Malaysia Di Peringkat Suku Akhir

Hasrat penyokong dan peminat sukan hoki tanah air untuk melihat skuad hoki remaja kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2021 tidak dapat kesampaian.

Ini kerana wakil benua eropah, Perancis berhasil meraih kemenangan besar 4-0 ke atas skuad remaja kebangsaan bimbingan Wallace Tan dalam perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung petang tadi.

Malaysia bolos empat jaringan tersebut yang berpunca daripada hatrik oleh Timothee Clement menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14, ke-24 dan ke-60. Manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Mathis Clement pada minit ke-31.

Walaupun telah tersingkir di peringkat suku akhir, perjalanan skuad remaja kebangsaan tidak akan terhenti di sini. Mereka akan menempuh perlawanan bagi menentukan kedudukan ke-5 hingga ke-8 kejohanan pula selepas ini.

Featured Image: FIH

komen