Jelajah Akhir BWF: Semifinal Sudah Pasti, Yew Sin-Ee Yi Rebut Status Juara Kumpulan
December 2, 2021 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas mengharungi dua perlawanan di peringkat kumpulan.

Yew Sin-Ee Yi berjaya mengesahkan kemaraan tersebut selepas meraih kemenangan kedua dengan menumpaskan beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan pada hari ini.

Mereka meraih kemenangan ke atas pasangan Indonesia itu dengan pungutan mata 12-21, 21-11 dan 21-18 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.

Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Yew Sin-Ee Yi bakal berhadapan dengan pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi untuk merebut status sebagai juara Kumpulan B.

Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasangan ini dijangka bermula pada jam 6.40 petang, esok.

Berdasarkan rekod, Yew Sin-Ee Yi dan Takuro-Yugo telah bertemu sebanyak tiga kali dengan dua daripada pertemuan tersebut dimenangi oleh Takuro-Yugo.

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen