Artikel

Jelajah Akhir BWF: Takuro-Yugo Raih Kemenangan Ketiga Ke Atas Yew Sin-Ee Yi

Beregu badminton lelaki Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi berhasil melebarkan rekod kemenangan kepada tiga kali daripada empat pertemuan ke atas beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.

Pasangan Takuro-Hoki ini meraih kemenangan terbarunya pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung sebentar sahaja tadi.

Beregu Jepun yang menghuni ranking ke-6 dunia itu merekodkan kemenangan dengan pungutan mata 21-19, 12-21 dan 21-10 dalam perlawanan yang memakan masa hampir satu jam.

Kekalahan pada perlawanan terakhir ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur sebagai naib juara sementara Takuro-Yugo pula muncul selaku juara Kumpulan B.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini telah menempah tiket awal ke peringkat separuh akhir dengan lebih awal apabila menang dua perlawanan sebelumnya.

Untuk makluman semua, perlawanan separuh akhir ini akan dilangsungkan pada hari esok dan lawan setiap beregu ini akan dimaklumkan selepas ini.

Featured Image: BWF

komen