Sabah FC yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengumumkan kemasukan dua lagi pemain baharu dalam mempersiapkan pasukan tersebut tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Menerusi pengumuman terbaru kelab, salah seorang daripadanya merupakan pemain tengah menyerang (attacking midfielder) berdarah kacukan Malaysia-England yang berusia 22 tahun iaitu Stuart Wilkin. Sepanjang musim ini, produk Akademi Southampton ini kerap membarisi kesebelasan utama JDT II dengan beraksi di posisi sayap.
Selain itu, Sabah turut menambah kekuatan skuadnya dengan seorang lagi pemain tengah JDT II merangkap bekas kapten skuad Harimau Muda, Irfan Fazail yang berusia 30 tahun. Merupakan seorang ‘playmaker’ dan dijangka kehadirannya bakal memberikan saingan kepada seorang lagi pemain tengah, Baddrol Bakhtiar yang turut ditandatangani oleh Sabah, minggu lalu.
Satu lagi pilihan, dengan kemasukan Baddrol dan Irfan, berkemungkinan Kim Swee mahu menggandingkan kembali kedua-dua pemain ini di bahagian tengah skuad Sang Badak sepertimana pernah dilakukannya ketika membimbing skuad Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan SEA sekitar sedekah yang lalu.
Difahamkan, Stuart dan Irfan dipinjam oleh Sabah selama satu musim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Terdahulu, Sabah di bawah bimbingan Kim Swee melakukan rombakan besar dengan membawa masuk beberapa pemain tempatan berprofil tinggi seperti Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan, Rizal Ghazali, Damien Lim, Dirga Surdi dan Badrul Affendy selain mengekalkan nama-nama seperti Amri Yahyah, N. Thanabalan dan lain-lain lagi.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers