Kelayakan Sukan Komanwel: Atlet Angkat Berat 73kg, Erry Raih Pingat Perak
December 11, 2021 Hafizuddin Omar

Sebutir lagi pingat berjaya dibawa pulang atlet angkat berat negara daripada kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel yang dianjurkan bersama Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Tashkent, Uzbekistan, minggu ini.

Kali ini, penambahan pingat terbaru itu disumbangkan oleh atlet angkat berat kategori 73 kilogram (kg), Muhammad Erry Hidayat apabila dia berjaya melakukan angkatan keseluruhan dengan seberat 301kg.

Rekod tersebut sudah memadai buatnya untuk membawa pulang pingat perak sekaligus melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. Sementara itu, pingat emas dan gangsa diraih oleh atlet India, Achinta Sheuli dan atlet Sri Lanka, Mudiyanselage Indika Chathur Dissanayak.

Terdahulu, dua atlet angkat berat negara dalam kategori 55kg dan 61kg iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin berjaya membawa pulang pingat emas ketika beraksi dalam kategori masing-masing.

Komen