Piala AFF 2020: Vietnam Kekal Rekod 7 Tahun Tanpa Kalah Bertemu Malaysia
December 12, 2021 Hafizuddin Omar

Vietnam mengekalkan rekod tujuh tahun tanpa kalah bertemu skuad bola sepak kebangsaan apabila berhasil meraih kemenangan ke atas Malaysia pada perlawanan peringkat Kumpulan B dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, sebentar tadi.

Skuad Naga Emas yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Republik Korea, Park Hang-seo meraih kemenangan hasil jaringan Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-32 dan ke-36 masing-masing.

https://twitter.com/FAM_Malaysia/status/1470036119249059842?s=20

Sementara itu, pada separuh masa kedua, Nguyen Hoang Duc menambah satu lagi gol pada minit ke-89. Tiga gol ini sudah memadai buat Vietnam untuk meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad Harimau Malaya sekaligus memungut 3 mata pada malam ini.

Untuk makluman semua, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Vietnam adalah ketika peringkat separuh akhir pertama (11 Disember) pada kempen Piala AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sejak daripada itu, dalam tempoh tujuh tahun, Malaysia tumpas semua perlawanan kecuali pada perlawanan akhir timbal balik pertama pada kempen Piala AFF 2018 dimana Harimau Malaya berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2.

Featured Image: Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF

Komen