Kejohanan Dunia BWF: Kian Meng-Pei Jing Menang ‘Straight Set’ Untuk Mara Ke Pusingan 16
December 14, 2021 Hafizuddin Omar

Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing mudah mengatasi cabaran daripada beregu India untuk meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF.

Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan ke-9 untuk memenangi kejohanan ini berhasil menumpaskan gandingan Saurabh Sharma dan Anoushka Parikh yang berada di ranking ke-104 dunia secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-8 dan 21-18.

Kemenangan tersebut diraih dalam tempoh masa 35 minit sahaja. Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Kian Meng-Pei Jing bertemu lawan yang sama. Pertemuan sulung mereka adalah di kejohanan Terbuka India 2018 dan ianya turut dimenangi oleh gandingan negara ini.

Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing bakal menanti cabaran samada daripada beregu Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino (ranking ke-5 dunia) atau beregu Rusia, Evgenij Dremin dan Evgenia Dimova yang akan beraksi di Pusingan 32 untuk menentukan kemaran mereka, hari ini. 

Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia

Komen