Artikel

Kejohanan Dunia BWF: Pemain India Singkir Daren Secara ‘Straight Set’ Di Pusingan 32

Perjalanan pemain perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Liew Daren di Kejohanan Dunia BWF yang berlangsung di Huelva, Sepanyol terhenti setakat Pusingan 32 sahaja.

Ini berikutan Daren, 34 tahun, terpaksa akur tumpas kepada pemain perseorangan India, Prannoy Haseena Sunil Kumar secara ‘straight set’ pada perlawanan yang berlangsung, petang tadi.

Daren yang menghuni ranking ke-36 ditewaskan Prannoy yang menghuni ranking ke-32 dengan keputusan 21-7 dan 21-17 dimana perlawanan ini berlangsung dalam tempoh 42 minit.

Prannoy ternyata berada dalam prestasi dan momentum terbaiknya pada hari ini lebih-lebih lagi selepas dia mencipta kejutan menyingkirkan pemain yang berada di ranking-9 dunia, Ng Ka Long Angus pada Pusingan 64.

Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Prannoy bakal menantikan saingan samada daripada pemain Denmark, Rasmus Gemke atau pemain Sepanyol, Luis Enrique Penalver.

komen