Ketinggian 1.94m Papé Diakité Solusi Terengganu Untuk Rebut Bola Di Udara
December 15, 2021 Hafizuddin Omar

Semifinalis Piala Malaysia 2021, Terengganu FC mengumumkan kedatangan pemain import baharu keduanya yang merupakan seorang pertahanan berketinggian 1.94 meter (m), Papé Diakité, pada hari ini.

Dimaklumkan, pemain kelahiran Dakar, Senegal yang berusia 28 tahun ini diikat kontrak selama setahun bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu khusus untuk menggantikan pemergian pertahanan import musim lalu, Carli de Murga.

Sementara itu, ketua jurulatih, Nafuzi Zain melihat kedatangan bekas pemain Liga Belgium dan Vietnam ini bukan sahaja untuk mengukuhkan benteng pertahanan skuad Hitam Putih untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Malahan, kelebihan fizikal terutamanya ketinggian 1.94m yang dimilikinya itu akan menjadi solusi kepada kekurangan yang dihadapi oleh Terengganu pada musim lepas iaitu perebutan bola di udara.

Pada masa yang sama, Nafuzi turut mengharapkan Papé dapat menyesuaikan diri bersama pasukan termasuk corak permainan Terengganu dengan cepat. 

Untuk makluman semua, Papé bakal menyarung jersi bernombor 44 bersama Terengganu kelak.

Komen