Kejohanan Dunia BWF: Zii Jia Tarik Diri Ekoran Kecederaan, Antonsen Mara Ke Separuh Akhir
December 17, 2021 Hafizuddin Omar

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan permainannya dan terpaksa menarik diri (retired) di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 ekoran kecederaan.

Keputusan itu dilakukannya ketika di set penentuan semasa menentang pemain Denmark, Anders Antonsen. Sebelum itu, Zii Jia cemerlang memenangi set pertama, 21-12 sebelum Antonsen bangkit memenangi set kedua, 21-8.

Ketika beraksi di set penentuan, Zii Jia sudah tidak dapat menampilkan persembahan yang memberangsangkan dan dia mengumumkan tarik diri semasa kedudukan skor 1-11 memihak kepada Antonsen.

Keputusan itu sekaligus menjadikan Antonsen tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu samada pemain India, H.S. Prannoy atau pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Komen