Terengganu Sasar Bawa Pulang Satu Kejuaraan Musim 2022 – Mohd Fadhil
December 28, 2021 Hafizuddin Omar

Satu sasaran yang realistik dan lebih baik cuba dicapai oleh pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia 2022 kelak.

Pengurus baharu Terengganu, Mohd Fadhil Wahab yang diperkenalkan secara rasmi pada hari ini menyatakan skuad ‘Black and White’ ini mensasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim hadapan.

Bercakap mengenai persiapan pasukan, Fadhil turut memaklumkan para pemain Terengganu khususnya kalangan pemain tempatan telah mula melaporkan diri, semalam. Sementara itu, kalangan pemain-pemain import pula akan melaporkan diri dalam masa yang terdekat.

Antara pemain import yang telah diumumkan oleh Terengganu adalah penyerang, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre serta pertahanan, Pape Diakite. Mereka turut mengekalkan dua pemain import musim lalu iaitu pemain tengah, Habib Haroon dan penyerang, Jordan Mintah.

Sebagai rekod, saingan musim lalu menyaksikan pasukan yang dibimbing oleh Nafuzi Zain ini berhasil menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat serta mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia.

Featured Image: Terengganu FC

Komen