Written by 11:42 am Bola Sepak, Malaysia

Gagal Ke Separuh Akhir Piala AFF, Tan Cheng Hoe Letak Jawatan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Tan Cheng Hoe membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, pada hari ini.

Difahamkan, jurulatih berusia 53 tahun itu membuat keputusan tersebut ekoran gagal membimbing skuad Harimau Malaya ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar, selepas perbincangan antara Cheng Hoe dan FAM dilangsungkan, kedua-dua pihak bersetuju untuk ‘bercerai’ dengan persetujuan bersama. 

Untuk rekod, Cheng Hoe telah berbakti bersama FAM selama 14 tahun dengan bermula sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20), penolong jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), penolong jurulatih skuad kebangsaan sebelum menjadi ketua jurulatih.

Antara kejayaan yang pernah disumbangkan oleh jurulatih kelahiran Alor Setar, Kedah kepada skuad kebangsaan adalah naib juara Piala AFF 2010 dan 2020.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 196 times, 1 visits today)
Close