Artikel

Johan Martial Si Abang Kepada Penyerang Man Utd Sertai Sri Pahang

Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC secara rasminya mengumumkan menandatangani pertahanan iaitu Johan Martial merangkap abang kepada penyerang Manchester United, Anthony Martial.

Pengumuman menarik tersebut dimaklumkan oleh Sri Pahang menerusi pelbagai platform media sosialnya. Pemain berusia 30 tahun ini diperkenalkan sambil menandatangani kontrak bersama Sri Pahang, pada hari ini.

Johan yang merupakan sebahagian daripada skuad remaja Perancis yang menjuarai kejohanan eropah bawah 19 tahun (B-19) ini didatangkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Herold Goulon yang berhijrah ke Negeri Sembilan FC.

Untuk makluman semua, pertahanan yang berketinggian 1.84 meter (m) ini mempunyai pengalaman beraksi di beberapa liga sekitar eropah seperti Liga Perancis, Liga Greece dan Liga Israel.

Selain daripada adiknya, Anthony Martial yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Perancis, Johan turut mempunyai seorang abang yang juga merupakan bekas pemain bola sepak, Dorian Martial.

komen