Written by 7:15 pm Basikal, Malaysia

Siti Nur Alia Mansor Direkrut Pasukan Eropah, Canyon-SRAM Racing

Pelumba basikal lebuh raya, Siti Nur Alia Mansor mencipta nama sebagai atlet berbasikal wanita Malaysia yang pertama yang menyertai pasukan profesional basikal eropah, Canyon-SRAM Racing Team.

Pelumba berasal dari Kampung Seberang Takir, Terengganu yang berusia 21 tahun ini bakal menyertai pasukan berpangkalan di Sepanyol yang berada di ranking kelima dunia dengan kontrak selama setahun.

Siti Nur Alia Mansor

Dimaklumkan, tawaran ini hadir menerusi bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG), Adam Szabo yang kini merupakan jurulatih di pasukan berkenaan. Adam berminat untuk mengketengahkan bakat Alia yang sebelum ini pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan ujian masa 500 meter (m) semasa temasya SUKMA 2018.

Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memberikan sokongan kepada atlet muda ini dengan meneruskan elaun bulanan sebanyak RM1,500 sepanjang berada di eropah.

Selain itu, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Belia, Sukan & NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah turut memberikan wang sebanyak RM3,000 sebagai perbelanjaan awal buat Siti Nur Alia di eropah.

Featured Image: Instagram Siti Nur Alia Mansor

(Visited 1,059 times, 2 visits today)
Close