Written by 3:46 pm Bola Sepak, Malaysia

Sri Pahang Ulang Skrip 2021, Lantik Dollah Sebagai Pengurus

Pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Sri Pahang FC nampaknya mengulangi skrip pada tahun 2021 dengan melantik kembali Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan pada tahun ini.

Perlantikan bekas ketua jurulatih berusia 58 tahun ini sebagai pengurus skuad Tok Gajah itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Sri Pahang, semalam.

Sementara itu, posisi ketua jurulatih diberikan kepada jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel yang berusia 49 tahun. Gamel yang pernah melatih skuad kebangsaan Fiji ini bukan asing buat skuad Tok Gajah kerana telah berkhidmat sebagai penolong jurulatih dan ketua jurulatih skuad Piala Presiden pada musim lalu.

Untuk pengetahuan semua, perkara yang sama telah dilakukan oleh Sri Pahang pada tahun lalu dengan melantik Dollah sebagai pengurus setelah melantik Thomas Dooley sebagai ketua jurulatih yang baharu.

Bagaimanapun, selepas tewas dalam dua perlawanan, Thomas ‘direhatkan’ oleh pihak pengurusan dan Dollah kembali diberikan peranan sebagai ketua jurulatih sehingga tamat musim 2021.

Adakah ‘skrip’ perlantikan semula Dollah akan turut berulang pada tahun 2022 ini? Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Sri Pahang FC

(Visited 1,622 times, 1 visits today)
Close