Written by 3:04 pm Bola Sepak, Malaysia

Jersi Kedah Musim 2021 Terjual Sebanyak 15,000 Helai

Sebanyak 15,000 helai jersi pasukan Kedah Darul Aman FC (Kedah) keluaran jenama pakaian sukan Itali iaitu Lotto terjual sepanjang musim lepas.

Rekod jualan ini dilaporkan oleh syarikat pengedar rasmi Lotto di Malaysia, Prestige Sports Sdn. Bhd. dan dikongsikan di dalam dokumen Prospektus Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman.

Musim lalu menyaksikan Lotto mengeluarkan 3 helai jersi buat pasukan Kedah yang terdiri daripada jersi Home (hijau kuning), Away (merah hijau) yang berharga RM109 serta 3rd Kit (serba putih) berharga RM129.

Secara kasarnya, Lotto berhasil mendapat pulangan di dalam bentuk jualan bernilai sekurang-kurangnya RM1.6 juta berdasarkan kiraan RM109 didarab dengan jumlah keseluruhan yang terjual, 15,000 helai seperti dinyatakan di atas.

Selaras dengan sambutan yang memberangsangkan, Lotto mengumumkan meneruskan penajaan pakaian sukan buat Kedah dengan nilai tajaan berjumlah RM1.1 juta setahun disertakan dengan pilihan lanjutan sehingga ke tahun 2023.

Sebagai rekod, Lotto telah menaja pasukan sukan buat Kedah selama 3 musim berturut-turut sejak tahun 2019. Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini turut menghasilkan produk-produk lain seperti t-shirt, seluar, kasut dan barangan cenderahati eksklusif.

Berapa helai pula jersi Kedah keluaran Lotto yang akan terjual untuk musim 2022? Kongsikan anggaran anda.

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

(Visited 203 times, 1 visits today)
Close