Artikel

Liga M3: Sebanyak 20 Pasukan Disahkan AFL Sertai Musim 2022

Penganjur saingan bola sepak divisyen tiga negara, Amateur Football League (AFL) mengesahkan sebanyak 20 buah pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim ini.

Penyertaan 20 buah pasukan ini disahkan oleh AFL dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah AFL, semalam, dan diumumkan menerusi platform media sosial rasmi AFL, pada hari ini.

Difahamkan, sebanyak 4 pasukan baharu menyertai saingan ini sementara 16 pasukan merupakan yang lain datangnya daripada saingan Liga M3 pada tahun 2021. Keseluruhan 20 pasukan yang menyertai saingan Liga M3 adalah seperti berikut:

1) Armed Forces FC

2) BRM FC

3) FC Langkawi

4) Harini KS FC

5) Imigresen FC

6) Kijang Rangers FC

7) Kinabalu Jaguar FC

8) Kuala Lumpur Rovers FC

9) Langkawi City FC

10) Malaysia University

11) Manjung City FC

12) Perlis United FC

13) PIB FC

14) Real Chukai FC

15) Sains FC

16) Ultimate FC

17) Bukit Tambun FC

18) Respect FC

19) Tun Razak City FC

20) Tok Janggut Warriors FC

Bercakap mengenai format Liga M3, kesemua 20 buah pasukan ini akan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 pasukan. Saingan peringkat kumpulan ini akan dilangsungkan secara timbal balik atau ‘double round robin’.

Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Untuk makluman semua, sepak mula peringkat kumpulan dijadualkan pada 11 Februari. Manakala, saingan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung pada 6 hingga 27 Ogos. Sementara itu, perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 4 September.

Sebagai tambahan, AFL memaklumkan majlis undian bagi menentukan pasukan yang akan mengisi Kumpulan A dan Kumpulan B ini akan berlangsung pada 15 Januari kelak.

komen