Written by 5:19 pm Bola Sepak, Malaysia

Bola Rasmi Liga Malaysia 2022 Bercorak Jalur Gemilang Dijual Bermula Harga RM49

Pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama jenama sukan global, PUMA serta rakan pengedarnya – Active Sports melancarkan bola rasmi bagi kegunaan Liga Malaysia 2022, pada hari ini.

Bola ini akan digunakan di kesemua pertandingan di bawah payung Liga Malaysia seperti Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Cabaran.

Menariknya, bola rasmi yang dilancarkan pada hari ini iaitu ‘MFL Accelerate 21.1 Pro merupakan bola berteknologi terkini PUMA dengan disertakan corak warna putih biru, merah dan kuning sebagai simbol warna bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Selain itu, permukaan bola tersebut turut dihiasi dengan logo besar PUMA bersama logo MFL.

Untuk makluman semua, Liga Malaysia menjadi kejohanan pertama di asia menggunakan teknologi PUMA ini selepas saingan La Liga di Sepanyol dan pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Menurut kenyataan media yang diedarkan, bola ‘MFL Accelerate 21.1 Pro’ ini boleh didapati secara eksklusif di Active Sports, kedai PUMA terpilih dan laman sesawang puma.com dengan harga bermula RM49 hingga RM599.

(Visited 264 times, 1 visits today)
Close